Anak, peguam Najib beri ucapan pada Taklimat Khas Presiden UMNO

Dari Penulis

ANAK kepada Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa dan peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka memberi ucapan dalam majlis Taklimat Khas Presiden UMNO, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada ahli parti tersebut dalam majlis berkenaan, hari ini.

Memetik laporan BH Online, majlis Taklimat Khas Presiden itu dihadiri semua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan tidak menghadiri majlis berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Najib sekali lagi ke mahkamah, hadiri bicara kes pinda laporan audit 1MDB

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir pada majlis berkenaan.

Majlis berkenaan turut menayangkan video khas yang disediakan keluarga Najib.

Mesyuarat Biro Politik UMNO sebelum ini antara lain menetapkan fokus topik penting yang akan disentuh pada sesi Taklimat Khas Presiden itu.

Antaranya, kesiapsiagaan yang diperlukan untuk UMNO mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) serta penjelasan lanjut susulan keputusan Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib, yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd..

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos lalu, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This