BUAT hari kedua berturut-turut, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi hadir ke Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, kali ini bagi perbicaraan kes pindaan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Memetik laporan Astro Awani, kenderaan membawa bekas Perdana Menteri itu dilihat memasuki perkarangan mahkamah pada pukul 8.48 pagi tadi.
Difahamkan, Najib menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam sama seperti semalam dengan diiringi beberapa kenderaan polis dan Jabatan Penjara.
Kes tersebut turut membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Beberapa penyokong Najib turut dilihat berada di luar mahkamah dan melambai ke arah konvoi sambil memanggil ‘Datuk Seri’ sebaik kenderaan itu tiba.
Baca artikel berkaitan: Rosmah sahkan Najib dalam keadaan sihat
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Selasa lalu, Ahli Parlimen Pekan itu dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun.
Beliau turut didenda sebanyak RM210 juta kerana menyeleweng dana SRC berjumlah RM42 juta.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

