“SIAPA mengatakan bahawa desakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu disegerakan kerana saya takutkan sabitan hukuman terhadap saya?.”
Itu soal Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan perkara itu tidak benar sama sekali.
Ahmad Zahid menegaskan beliau masih percaya bahawa sistem perundangan negara tidak memihak kepada sesiapa.
Hakikatnya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau membawa suara-suara ahli UMNO yang masih setia dengan parti itu.
“Buat ahli-ahli UMNO dan sekalian pemerhati, ingin saya tegaskan, sesiapa yang memomokkan bahawa saya takut atau gentar akan disabitkan kesalahan, saya yakin orang itulah sebenarnya yang takut dengan hamba Allah yang bernama Zahid Hamidi.
“Dialah yang sebenarnya tidak yakin kepada diri mereka sendiri dan takut dengan bayang-bayang mereka.
“Hakikatnya, saya membawa suara ahli-ahli UMNO yang setia. Bukan suara sumbang yang ingin menguburkan UMNO,” katanya.
Baca artikel berkaitan: “Saya tidak pernah meminta Muhyiddin atau Ismail Sabri gugurkan kes di mahkamah” – Zahid Hamidi
Beliau berkata demikian dalam Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut melahirkan rasa terkilan apabila ramai pihak menuduh UMNO gila kuasa apabila mendesak PRU-15 disegerakan.
Beliau berkata, desakan supaya pilihan raya diadakan bukanlah isu baharu.
“Malah, pembangkang pun seolah-olah menolak untuk diadakan pilihan raya.
“Saya tidak tahu kenapa mereka menolak idea supaya diadakan pilihan raya.
“Cuma setelah agenda memenjarakan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya dilaksanakan, sudah kedengaran mereka juga mahukan pilihan raya diadakan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

