KERAJAAN akan menanggung sebanyak RM5.8 bilion subsidi elektrik bagi manfaat kesemua Keluarga Malaysia daripada impak kenaikan kos elektrik.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, tanggungan subsidi elektrik itu susulan harga arang batu yang telah mencecah AS$400 satu tan metrik pada pertengahan tahun ini.
Menurut kementerian itu, harga arang batu pada awal tahun 2021 hanya sekitar AS$80 satu tan metrik.
Pada masa sama, Kementerian Kewangan juga akan membayar jumlah RM5.8 bilion tersebut kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan syarikat itu tidak terkesan daripada kenaikan mendadak harga bahan api.
“Ia susulan penjanaan elektrik selaras dengan mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).
“Kenaikan kos penjanaan elektrik juga meningkatkan keperluan modal kerja TNB,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Baca artikel berkaitan: Kerajaan sanggup tanggung subsidi besar untuk stabil harga, elak inflasi tinggi – Mustapa
Mengulas lanjut, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan memberi jaminan ke atas pembiayaan TNB sehingga RM6 bilion untuk memastikan operasi TNB menjana bekalan elektrik tidak akan terganggu bagi manfaat Keluarga Malaysia.
Selain itu, kementerian itu mampu memangkin kemampanan industri tenaga negara.
Kerajaan pada 24 Jun lalu memutuskan untuk mengekalkan tarif elektrik bagi semua pengguna untuk separuh tahun kedua tahun ini pada kadar yang sama dengan separuh tahun pertama 2022.
Ia susulan kepada kenaikan mendadak harga bahan api dunia pada tahun ini sekali gus meningkatkan kos penjanaan elektrik.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

