MENTERI Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim pengsan ketika menyampaikan ucapan pada satu majlis di Pitas, Kota Kinabalu, namun kini dilaporkan beliau berada dalam keadaan stabil.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Joniston Bangkuai berkata beliau dimaklumkan Jahid, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli dipercayai mengalami keletihan melampau.
Beliau yang juga ADUN Kiulu itu berkata Jahid berada di Pitas untuk merasmikan sebuah projek berkaitan bekalan air yang juga sebuah projek tanggungjawab sosial korporat sebuah syarikat berkaitan kerajaan.
“Beliau dikejarkan ke Hospital Pitas untuk mendapatkan rawatan dan kini dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Terdahulu, tular di beberapa kumpulan aplikasi Whatsapp meminta ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) mendoakan kesihatan Jahid, 64, juga Timbalan Presiden parti itu dengan menunjukkan gambar Jahid yang sedang dirawat di hospital.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

