Perbicaraan kes Ebit Lew bermula 27 September depan

Dari Penulis

PERBICARAAN kes gangguan seksual melibatkan pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew akan bermula dari 27 hingga 30 September depan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman ACP A Skandaguru dalam kenyataan malam ini berkata Ebit Lew, 37, menghadapi 11 pertuduhan  mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pada Februari lepas, Ebit Lew mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret  Tenom atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Beliau dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This