‘Isteri atau isteri-isteri saya tiada yang bernama Zainab binti Mohd Salleh’ – Abd. Latiff

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“ISTERI atau isteri-isteri saya tiada yang bernama Zainab binti Mohd. Salleh.”

Itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad yang sekali lagi menafikan wanita yang dinamakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli terlibat dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) adalah isterinya.

Dalam hantaran di Facebook miliknya, Abd. Latiff turut menegaskan tiada ahli keluarganya yang terlibat dalam perniagaan melibatkan pembekalan atau pembinaan kapal LCS.

Malah, Abd. Latiff secara sinis mengatakan beliau suka makan ikan tetapi bukan ikan jerung.

“Salam Jumaat yang penuh barakah penghulu segala hari. Semoga apa saja yang kita lakukan hari ini membawa kebaikan buat semua dan beroleh keberkatan dari Yang Maha Esa.

“Tiada ahli keluarga saya yang terlibat dalam bisnes melibatkan pembekalan atau pembinaan kapal LCS.

“Sebagai wakil rakyat dari kawasan laut dan pulau (Mersing), saya suka makan ikan tapi bukan ikan jerung,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: Rafizi tersilap fakta, Zainab Mohd Salleh bukan isteri Abdul Latif

Abd. Latiff turut menutup hantaran tersebut dengan serangkap pantun berbaur sindiran terhadap dakwaan dikemukakan Rafizi.

“Siakap senohong gelama ikan duri,
Cakap bohong lama-lama jadi pencuri,
Siakap senohong gelama ikan jerung,
Cakap pembohong tak lama mati jadi jerangkung.”

Isnin lalu, Abd. Latiff dalam kenyataan menafikan tuduhan Rafizi bahawa Zainab adalah isterinya.

Beliau turut bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi sebarang siasatan lanjut.

Terdahulu, Rafizi mendakwa syarikat Alizes Marine Limited yang dimiliki seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh terlibat dalam skandal LCS.

Pada masa sama, Rafizi turut mendakwa Zainab merupakan isteri kedua kepada Abd Latiff.

Beliau juga mendakwa siasatan dalam LCS juga mengesahkan dua syarikat palsu menggunakan nama Alizes Marine sudah didaftarkan dengan nama Alizes Marine Limited berdaftar di Malta dan sebuah lagi syarikat, Alizes Marine Labuan didaftarkan di Labuan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This