GAMBAR HIASAN

SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila anaknya berusia dua tahun terperangkap di dalam kereta di stesen minyak Sungai Besar, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.15 petang.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, bomba tiba di lokasi dan mendapati mangsa seorang kanak-kanak lelaki terperangkap apabila pintu kereta jenis Toyota Vios telah terkunci.

Baca artikel berkaitan : Kanak-kanak setahun terperangkap dalam Honda Civic

“Kejadian berlaku setelah bapa mangsa bertindak keluar untuk mengisi minyak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada bapanya selepas bomba bertindak membuka pintu dengan menggunakan peralatan khas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram