Berebut tapak berniaga pasar pagi, suami isteri ditahan polis

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri ditahan polis selepas video perselisihan faham mereka berebut tapak berniaga pasar pagi dengan seorang peniaga lain tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komsioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian berlaku di di tapak pasar pagi OUG, di Jalan Hujan Rahmat 2, Kuala Lumpur.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa pada pukul 8.51 pagi kelmarin.

“Kejadian berlaku pada pukul 5.13 pagi, apabila suspek bertindak meletakkan beberapa bakul plastik berisi sayuran di atas bonet dan bumbung kereta pengadu.

“Suspek juga bertindak mencampak besi payung khemah sehingga menyebabkan cermin hadapan retak dan bercalar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Hanya kerana berebut parkir, dua cedera seorang ditahan

Amihizam berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian dan mendapati perselisihan faham telah selesai dan menasihatkan mereka untuk membuat laporan polis.

Katanya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan kerana khianat dan ugutan jenayah.

Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This