SEORANG lelaki warga asing ditahan polis selepas bertindak mencabul kehormatan wanita di tepi jalan sebuah kondominium di Kota Damansara, 9.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia lewat 30-an pada pukul 1 pagi tadi.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa sedang berjalan kaki menuju ke kereta rakannya yang sedang menunggu di tepi jalan.
“Tiba-tiba mangsa telah merasa punggungnya telah dipegang dan diramas.
“Mangsa telah menoleh dan mendapati suspek berada di sebelahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Pencabul juling di Cyberjaya diburu Polis
Jelasnya, mangsa bertindak menjerit sebelum suspek melarikan diri dari tempat kejadian.
Bertindak atas maklumat, suspek berusia awal 30-an ditangkap berdekatan pondok pengawal sebuah kondominium.
“Suspek telah di bawa ke hadapan majistret bagi permohonan reman dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Sehubungan itu, Mohamad Fakhrudin menyeru orang awam yang menyaksikan kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

