HUJAN lebat tidak menghalang seramai 5000 orang jemaah untuk membanjiri Dewan Banquet UPM bagi menyertai Malam Cinta Rasul (MCR) semalam.
Program itu dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia yang menampilkan tokoh-tokoh agama dan ulama terkenal dari seluruh Negara.
Antara tokoh-tokoh terkenal yang menyertai programm yang mendapat kerjasama daripada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) itu seperti Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, UstaZ Abu Zaki, Ustaz Najmuddin Osman, Ustaz Wan Helmi Al Hafiz serta beberapa lagi tokoh agama yang lain.
Walaupun hujan lebat, orang ramai mula memenuhi lokasi acara seawal 6 petang.
Acara yang bermula selepas Solat Maghrib berjemaah dimulakan oleh Ustaz Abu Zaki menerusi Qalam Pembukaan.
Selepas itu diteruskan pula oleh Ustaz Najmuddin Othman menerusi Tausiyah yang bertajuk kisah dan peristiwa keajaiban yang berlaku di saat kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Majlis diteruskan menerusi Tausiyah oleh Ustaz Wan Helmi Al-Hafiz yang menyampaikan Tausiyah bertajuk Rasullullah Penyelamat Umat sebelum diakhiri oleh Tausiyah Penutup oleh Tuan Guru Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid bertajuk Mengapa Kita Perlu Mencintai Rasulullah.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia, Muhammad Fazil Mohd Dali atau lebih dikenali sebagai Cik Ton, beliau tidak menyangka sambutan yang luar biasa daripada orang ramai kerana hujan lebat yang berterusan sebelum program bermula.
“Hujan yang lebat tidak menghalang orang ramai dari berbagai peringkat umur dan jantina untuk hadir semata-mata ingin bersama untuk memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
”Dewan Banquat yang boleh memuatkan 3000 orang telah dipenuhi semasa Solat Maghrib berjemaah manakala pihak penganjur juga menyediakan khemah besar di luar kawasan dewan bagi menampung 2000 orang lagi pengunjung,” katanya.
Baca lagi: Puncak cinta Jabal Rahmah, benarkah tempat bertaut jodoh?
Mengulas lanjut, Cik Ton berkata, Malam Cinta Rasul yang diadakan pada kali ini merupakan kesinambungan daripada program yang pertama kali diadakan pada tahun 2020 di lokasi yang sama.
Melihat pada sambutan luar biasa setiap kali penganjurannya, Cik Ton berhasrat untuk menganjurkan program seterusnya di lokasi yang lebih besar bagi memuatkan lebih ramai pengunjung.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pengerusi MITB, Datuk Hishamuddin Abdul Karim dan Ketua Pengarah MITB Tuan Haji Kamaruzaman Othman.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram