Remaja mati dalam tandas, polis tukar siasatan kepada Seksyen 304 KK

Dari Penulis

DUA remaja yang terlibat dalam kejadian kebakaran tandas terbiar di Lorong Cakera Purnama 12/21, Bandar Puncak Alam Fasa 3, Kuala Selangor ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya telah menukar siasatan daripada kematian mengejut (SDR) kepada Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua remaja berusia 15 dan 16 tahun itu ialah negatif.

“Punca kematian kita masih tunggu dan sudah dihantar kepada unit patalogi,” katanya memetik laporan Bernama.

Baca artikel berkaitan : Gurauan bertukar tragedi, rakan rentung dalam tandas terbiar

Semalam, UtusanTV melaporkan mangsa Muhamad Damin Mikail Kansol, 16 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terperangkap di dalam tandas terbiar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika kejadian, mangsa sedang baring di atas sofa sebelum rakan-rakan mangsa bertindak menyalakan api di bawah sofa dengan niat bergurau.

Bagaimanapun, api semakin marak dan dua rakan mangsa bertindak melarikan diri keluar dari dalam tandas.

Manakala, mangsa yang tersedar dari tidur dalam keadaan separa sedar bertindak melarikan diri masuk ke dalam tandas tersebut ketika asap tebal dan api marak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This