MAJLIS Perundingan Melayu (MPM) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Randau Wasiat Raja-Raja Tanah Melayu yang bertemakan tanah adalah kedaulatan dan sekuriti bangsa Melayu, natif pada esok.
Ketua Biro Tanah MPM, Che Ibrahim Che Idris berkata, Randau itu akan membincangkan pelbagai isu seperti nasib orang Melayu dan Ketuanan Melayu.
Jelasnya, antara panel yang akan menyertai program tersebut ialah Pakar Arkeologi, Zaharah Sulaiman; Ahli Majlis Kanun Tanah Negara, Prof Dato Dr. Nik Mohd Zain; Peguam, Khairul Azam dan Pejuang Veteran, Mejar (B) Meor Rosli.
“Randau ini diadakan bersempena Hari Tanah Negara di ambang Hari Kemerdekaan pada jam 3.30 petang di Wisma MPM.
“Antara perkara yang akan disentuh adalah mengenai Ketuanan Melayu yang dipersoalkan dan Melayu yang menjadi miskin di negara sendiri.
“Menjelang kemerdekaan 31 Ogos 1957, isu utama ialah orang pendatang asing dibumi ini.
“Maka diadakan perjanjian, memberi hak warga negara, milik tanah dan kebebasan. Perjanjian itu adalah dengan tuan hak milik asal bumi ini. Perjanjian ini disebut sebagai kontrak sosial.
“Maka perlu terjemah dengan terperinci kepada Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Baca lagi: [VIDEO] Randau tangani inflasi jihad MPM
Tambah Che Ibrahim, Randau itu juga akan membuka peluang kepada para hadirin untuk memberi pandangan serta cadangan untuk tindakan praktikal yang boleh diambil.
MPM sebelum ini telah banyak menganjurkan pelbagai program perbincangan khususnya berkaitan orang Melayu serta isu-isu semasa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

