Gurauan bertukar tragedi, rakan rentung dalam tandas terbiar

Dari Penulis

GURAUAN tiga rakan bermain api membawa padah apabila salah seorang daripada mereka ditemui rentung di dalam sebuah tandas terbiar petang tadi.

Mangsa Muhamad Damin Mikail Kansol, 16 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian di Lorong Cakera Purnama 12/21, Bandar Puncak Alam fasa 3.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika kejadian rakan-rakan sedang bermain permainan video di dalam tandas manakala mangsa tidur di atas sofa di depan pintu.

“Rakan-rakan mangsa bertindak menyalakan api di bawah sofa dengan niat bergurau.

“Bagaimanapun, api semakin marak dan dua rakan mangsa bertindak melarikan diri keluar dari dalam tandas,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan : Wanita rentung kereta dinaiki terbakar

Tambahnya, mangsa yang tersedar dari tidur dalam keadaan separa sedar bertindak melarikan diri masuk ke dalam tandas tersebut ketika asap tebal dan api marak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 2.38 petang.

Katanya, ketika kejadian, rakan mangsa cuba untuk memadamkan api, tetapi tidak berjaya sehingga pihak bomba tiba di tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan pihak bomba mendapati tiada sebarang halangan atau objek yang menghalang mangsa untuk keluar dari tempat kejadian.

“Tandas yang terbakar tidak mempunyai pintu dan mangsa boleh lari untuk menyelamatkan diri,” ujarnya dan menambah tiada sebarang unsur jenayah.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk tindakan bedah siasat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This