Empat beranak termasuk bayi maut kemalangan di Kota Tinggi

Dari Penulis

Empat beranak termasuk bayi berusia sembilan bulan maut apabila motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori di Jalan Kampung Semanggar Dalam dekat Kota Tinggi, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian yang berlaku pada 1.20 tengah hari itu, menyebabkan kesemua mangsa terdiri daripada suami isteri berusia 39 dan 27 tahun serta anak lelaki berusia lima tahun dan bayi perempuan tersebut maut di tempat kejadian.

“Lelaki terbabit gagal mengawal motosikal Yamaha LC 135 yang ditunggang semasa melalui selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

“Akibat daripada pelanggaran itu, penunggang dan kesemua pembonceng cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Baca artikel berkaitan : Tiga beranak maut, 4X4 rempuh tiang jejambat

Menurutnya pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan dan lelaki berusia 31 tahun itu tidak ditahan serta tiada sebarang rekod kesalahan trafik.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This