Kes remaja perempuan jatuh kondominium tiada unsur jenayah

Dari Penulis

Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes seorang remaja perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah, Bayan Baru, George Town, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk mendapatkan maklumat berhubung remaja berusia 13 tahun tersebut di sekolahnya.

“Setakat ini, pihak polis telah mendapatkan keterangan daripada ahli keluarga remaja itu dan menurut ibu bapanya tiada sebarang masalah atau kejadian luar biasa berlaku sebelum remaja terbabit dijumpai terjatuh di aras satu kondominium terbabit.

Baca artikel berkaitan : Remaja perempuan 13 tahun maut dipercayai terjatuh kondominium

Buat masa ini, kita tidak pasti apa yang berlaku terhadap remaja itu atau apa yang bermain di dalam fikirannya sebelum kejadian itu berlaku. Malah, ibu bapa mangsa juga keliru dengan kejadian yang menimpa anak mereka dan mangsa sebelum itu juga tidak dimarahi oleh sesiapa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan sebanyak 15 basikal bernilai RM30,000 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Unit Polis Pelancong di ibu pejabat kontinjen polis (IPK) di sini,  penyerahan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin.

Semalam, mayat remaja berusia 13 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap di bahagian bumbung kawasan parkir kenderaan kondominium tersebut kira-kira 6.30 pagi oleh ibu mangsa sebelum menghubungi pihak berkuasa.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This