SEBANYAK empat buah kereta Proton Iswara yang dilaporkan hilang telah ditemui di kawasan parkir Jalan Utama Pandan Jaya, pukul 4 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, penemuan kereta ini susulan penangkapan seorang lelaki warga Myanmar yang aktif terlibat dalam kegiatan curi kereta model lama.
Beliau berkata, tiga buah kereta terbabit dilaporkan hilang di dalam daerah Ampang manakala sebuah lagi dilaporkan hilang di Cheras.
Katanya, jumlah keseluruhan rampasan kereta setakat ini ialah sebanyak lima buah kereta kesemuanya model Proton Iswara.
Baca artikel berkaitan : Lelaki Myanmar curi kereta lama sekitar Ampang ditahan
Semalam, UtusanTV melaporkan modus operandi suspek ialah mensasarkan kereta model lama yang di parkir di kawasan sunyi.
Suspek ditangkap pada pukul 1.30 pagi semalam bersama beberapa kunci kenderaan.
Hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau jenayah dan narkotik serta positif dadah jenis methamphetamine.
Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

