Pop Meals tampilkan 3 menu baharu Mac-deka Trio

Dari Penulis

SEMPENA meraikan Hari Kemerdekaan, Pop Meals tampil dengan tiga hidangan terbaharu iaitu Mac-deka Trio seiring citarasa rakyat Malaysia yang menggemari perisa keju berkrim dan pedas.

Terdapat tiga pilihan hidangan di dalam Mac-deka Trio iaitu Masak Lemak, Super Creamy Mac and Cheese dan Crazy Spicy Mac and Cheese yang disediakan dalam masa terhad bermula 29 Ogos sehingga 30 September ini.

Hidangan The Masak Lemak Mac and Cheese adalah diinspirasikan daripada masakan tradisional Negeri Sembilan yang penuh dengan santan berkrim, kunyit, serai dan daun limau purut sesuai untuk penggemar masakan tradisional.

Manakala The Super Creamy Mac and Cheese disajikan dengan keju mozzarella premium, keju cheddar, susu segar, sanwich ayam dan dihiasi dengan daun parsli Inggeris khas buat penggemar keju.

Bagi penggemar masakan pedas, The Crazy Spizy Mac and Cheese dicipta khas untuk memanaskan darjah suhu pada skala scoville apabila diadun dengan 100 peratus cili merah Malaysia, biji lada hitam dankepingan cili.

Pengurus Besar Pop Meals, Shaik Ali berkata, hidangan Mac and Cheese dipilih untuk tampil dalam citarasa tempatan kerana ia adalah menu kegemaran rakyat tempatan.

Beliau berkata, Pop Meals telah menghidangkan lebih daripada satu juta hidangan Mac and Cheese di 32 buah cawangannya sejak dibuka pada tahun 2020.

Malah, Mac and Cheese juga telah melalui proses penambahbaikan sebanyak 45 kali sejak ia dilancarkan bagi bersesuaian dengan maklum balas pelanggan yang diterima.

“Kami mencabar sesiapa sahaja untuk mencari “Mac and Cheese” yang lebih popular daripada menu yang kami hasilkan ini di Malaysia dan kami amat teruja untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Ke -65 ini menerusi tiga jenis menu “ Mac and Cheese” yang benar-benar bercitarasa Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan : Encorium lancar CE3 Brightening Buffet, bantu masalah hiperpigmentasi

Jelasnya, hidangan The Mac-deka Trio ini dihasilkan menerusi maklum balas yang diterima daripada ribuan pelanggan dan hidangan ini dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira peringkat umur.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This