Terima 12 aduan: Polis siasat ucapan Zahid pada majlis taklimat khas Presiden – Bukit Aman

Dari Penulis

POLIS sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, berhubung ucapannya pada majlis Taklimat Khas Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, ACP A.Skandaguru, berkata siasatan dijalankan susulan 12 laporan polis diterima terhadap ucapan Presiden UMNO itu.

“Siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pengarah Biro Mobilisasi parti Amanah, Mohd Sany Hamzan, membuat laporan polis terhadap kenyataan Ahmad Zahid ketika beliau berucap semasa taklimat khas itu.

Mohd Sany mendakwa ucapan Ahmad Zahid secara terbuka dengan niat yang jelas mencaci, menghina dan memfitnah Badan Kehakiman Negara, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak.

Klip video dan teks ucapan Ahmad Zahid dalam taklimat itu tersebar di media sosial.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This