Zii Jia bergelut cari momentum, tersingkir awal Terbuka Jepun

Dari Penulis

HASRAT jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengubati kekecewaannya pada Kejohanan Badminton Dunia minggu lepas tidak kesampaian selepas tewas seawal pusingan pertama Terbuka Jepun, hari ini.

Pada perlawanan berlangsung di Maruzen Intec Arena di Osaka itu, Zii Jia gagal dalam misi untuk bangkit apabila tewas kepada pemain bukan pilihan dari India, Srikanth Kidambi menerusi kekalahan straight set 20-22, 21-23 dalam tempoh 38 minit.

Pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, cabaran Zii Jia terkandas di pusingan ketiga.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Srikanth yang berada di ranking ke-14 dunia berjaya merapatkan rekod kemenangan 1-2 sepanjang tiga pertemuan berdepan Zii Jia yang kini menghuni ranking keempat dunia.

Baca artikel berkaitan: Kejohanan Dunia: Zii Jia tumbang di tangan Jun Peng

Pada pusingan kedua, Srikanth dijangka bertemu pemain Taiwan, Wang Tzu Wei atau pemain Jepun, Kanta Tsuneyama yang akan bertemu dalam pusingan pertama hari ini.

Sementara itu, pertemuan membabitkan dua pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Chan Peng Soon-Cheah Yee See berakhir dengan keputusan 21-10, 21-14.

Kian Meng-Pei Jing akan bertemu beregu Taiwan, Yang Po-hsuan-Hu Ling Fang pada pusingan kedua.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This