Kejohanan Dunia: Zii Jia tumbang di tangan Jun Peng

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HASRAT negara untuk menyaksikan juara pertama bagi perseorangan lelaki di Kejohanan Dunia BWF tidak kesampaian apabila Lee Zii Jia kecundang di tangan pemain bukan pilihan, Zhao Jun Peng di pusingan ketiga.

Dalam perlawanan berlangsung lebih satu jam di Tokyo Metropolitan Gymnasium, Jepun, Zii Jia tidak bermain di prestasi terbaiknya apabila tewas 19-21, 21-11, 19-21.

Turun selaku pemain pilihan kelima, Zii Jia banyak melakukan kesilapan sekali gus memberi mata-mata mudah kepada Jun Peng.

Malah, pemain yang menewaskan Bernardo Atilano dari Portugal pada pusingan kedua itu juga tidak mampu menambah mata semasa set penentuan walaupun pada satu ketika mendahului.

Walaupun cuba mengejar semula ketika ketinggalan 19-16, namun atlet berusia 24 tahun itu terpaksa akur sekali gus tumbang di tangan Jun Peng.

Baca artikel berkaitan: Kejohanan Dunia: Zii Jia ketuai cabaran negara ke pusingan ketiga

Ini juga merupakan kali pertama Zii Jia terkandas di peringkat 16 terakhir dalam Kejohanan Dunia.

Jaguh perseorangan berasal dari Kedah itu sekurang-kurangnya lolos ke peringkat suku akhir dalam edisi sebelum ini.

Cabaran negara bagi perseorangan lelaki turut berakhir selepas Liew Daren dan Ng Tze Yong terkandas masing-masing di pusingan pertama dan kedua.

Jun Peng yang telah pun menyatakan keinginan untuk ‘membalas dendam’ ke atas Zii Jia selepas tewas di Terbuka Jerman jelas menampilkan aksi lebih garang.

Pemain di ranking ke-23 dunia itu yang mengejutkan pemenang pingat perak edisi lalu, K. Srikanth dari India bakal membuat perhitungan dengan seorang lagi jaguh India iaitu HS Prannoy di suku akhir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This