Pegawai Khas PM buat laporan polis ke atas Lokman Adam

Dari Penulis

PEGAWAI Khas Perdana Menteri hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam kerana didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dr Kamarul Zaman Yusoff membuat laporan polis itu di Balai Polis Presint 7 Putrajaya pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan polis, Kamarul Zaman mendakwa, Lokman Noor Adam telah membuat fitnah terhadap perdana menteri menerusi satu siaran langsung Facebook mengenai kandungan “perjanjian” Ismail Sabri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik laporan Bernama, kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Daerah Sepang dan  Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan terdapat laporan berkaitan kes berkenaan. 

Sementara itu, Dr Kamarul Zaman menerusi satu kenyataan berkata, beliau percaya kenyataan Lokman merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Oleh itu, saya minta pihak polis membuat siasatan ke atasnya,” kata Dr Kamarul Zaman.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This