PM tinjau lokasi tragedi banjir puing di Baling

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa meninjau lokasi banjir puing di Kampung Iboi, Mukim Kupang, Baling. 

Turut hadir dalam tinjauan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. 

Sebaik tiba pada 12.30 tengah hari, Perdana Menteri meninjau jambatan Bailey yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya dan Angkatan Tentera Malaysia sepanjang 27.43 meter selepas titi yang menghubungkan Kampung Iboi dengan Kampung Masjid Iboi runtuh dalam tragedi itu. 

Ismail Sabri kemudian mendengar taklimat Pegawai Daerah Baling Mohd Shahadan Abdullah mengenai insiden banjir puing yang berlaku pada 4 Julai lepas. 

Beliau juga sempat beramah mesra dengan penduduk kampung daripada pelbagai lapisan umur yang nyata teruja apabila Perdana Menteri sanggup meluangkan masa bersembang dan berswafoto bersama mereka. 

Banjir puing yang berlaku selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam pada 4 Julai itu menjejaskan Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang. 

Insiden itu menyebabkan 15 keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah selain turut mengorbankan tiga sekeluarga.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat pekerja restoran aniaya kucing, masukkan dalam guni di Teluk Intan

POLIS menjalankan siasatan kes seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran di Taman Melor, Teluk Intan disyaki menganiaya seekor kucing...

More Articles Like This