Cadangan Pas guna logo sendiri dibawa ke Majlis Tertinggi PN

Dari Penulis

CADANGAN PAS untuk menggunakan logo sendiri di Terengganu, Kelantan dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, PAS akan membawa perkara itu ke mesyuarat akan datang.

“Kalau belum dimuktamadkan penggunaan logo itu, sebab ada negeri yang mohon nak pakai logo PAS, kami akan bawa pada perbincangan akan datang.

“Tujuannya kami tidak mahu pengundi keliru dengan warna biru,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-63 sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 di Alor Setar.

Baca artikel berkaitan: Bermuktamarlah di Kota Sarang Semut tapi jangan buat perangai semut

Sebelum ini di Konvensyen PN, perwakilan dari Terengganu dan Kedah mencadangkan lambang PAS dapat digunakan di negeri berkenaan pada PRU15.

Perwakilan tersebut berkata perkara itu perlu dipertimbang mengambil kira senario politik di pantai timur berbeza berbanding peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun Muhammad Sanusi berkata ia terpulang kepada keputusan mesyuarat yang akan diadakan nanti.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This