Sikap Bersatu punca Pas putuskan hubungan kerjasama

Dari Penulis

SIKAP Bersatu menentang kemasukan parti-parti lain ke dalam Perikatan Nasional (PN) jelas merosakkan gagasan penyatuan yang dihasratkan selama ini, menjadi pemangkin kepada terputusnya hubungan kerjasama antara parti itu dan Pas.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ini dilihat apabila Bersatu di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN mengambil sikap menentang kemasukan 

Berjasa, Pejuang, Iman dan Putra walaupun kertas cadangan sudah disiapkan.

“Tindakan tersebut jelas merosakkan gagasan penyatuan yang dihasratkan selama ini. Perkara yang paling utama bagi Pas ialah penyatuan ummah,” jelasnya dalam kenyataan.

Ahmad Fadhli berkata, Pas tidak mengambil keputusan berdasarkan sentimen atau kepentingan jangka pendek, sebaliknya berdasarkan penilaian terhadap kemampuan sesuatu kerjasama untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu penyatuan ummah dan kestabilan politik negara.

Ia katanya, bukan menggembirakan tetapi ia ubat pahit yang perlu ditelan demi kemaslahatan yang lebih besar.

“Ditambah pula dengan kronologi sikap Bersatu di Perlis dan Negeri Sembilan, keadaan itu telah menjejaskan moral jentera Pas untuk terus bekerja bersama Bersatu dalam pilihan raya akan datang.

“Kedudukan Pas dan Bersatu dalam PN akan diuruskan mengikut peruntukan perlembagaan dan saluran yang sewajarnya,” katanya.

Sudah tentu jelasnya, Pas dan Bersatu tidak boleh terus berada di bawah payung yang sama berikutan keputusan yang dibuat.

Semalam, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, mesyuarat juga memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun lalu berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik Pas, atas prinsip penyatuan ummah.

Selain itu Abdul Hadi berkata, mesyuarat juga meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This