DAERAH Padang Terap di Kedah berpotensi menjadi salah satu kawasan yang maju di negeri berkenaan dalam waktu terdekat.
Keyakinan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil kira projek Kedah Rubber City yang telah dilancarkannya, Februari lalu.
Perdana Menteri berkata, Kedah Rubber City merupakan satu-satunya projek seumpama itu dalam negara yang dibangunkan di daerah tersebut.
Menurut beliau, Kedah Rubber City itu akan mengeluarkan apa sahaja produk berkaitan getah sekali gus menawarkan peluang pekerjaan kepada warga kawasan tersebut.
“Bertuah orang Padang Terap kerana projek ini sekarang bernilai RM3 bilion dari segi pelaburan dan dijangka mencecah RM10 bilion.
“Pekerja tentu sahaja daripada warga Padang Terap sendiri.
“Saya dimaklumkan oleh Tok Det (Datuk Seri Mahdzir Khalid) bahawa dijangka 6,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan di peringkat awal bagi projek Kedah Rubber City itu,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Kerajaan kaji bina pelabuhan agregat di Sanglang – PM
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena program ‘Kenuri Rakyat’ Keluarga Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, Padang Terap, hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, warga Padang Terap amat beruntung kerana ahli Parlimen kawasan itu iaitu Mahdzir juga merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Ini kerana, kata beliau, Mahdzir mempunyai pelbagai perancangan untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di luar bandar.
Pada masa sama, Ismail Sabri turut memberi jaminan untuk menyegerakan penaiktarafan capaian internet di kawasan tersebut.
“Jadi, apa-apa sahaja berkaitan luar bandar, rujuk kepada Ahli Parlimen tuan-tuan, mintalah apa sahaja.
“Insya-Allah, Padang Terap akan berada di bawah radar saya. Dari segi peruntukan apa yang dipohon oleh Tok Det, kita akan luluskan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

