Pesakit mental pecah masuk rumah bakar langsir ditahan

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental ditahan selepas bertindak melakukan khianat dengan memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Tunku, Kuala Lumpur, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun.

Bertindak atas maklumat, suspek berusia 30 tahun yang membakar langsir rumah, mencucuh sofa dan gambar hiasan dinding dengan menggunakan puntung rokok ditahan di tempat kejadian.

“Suspek didapati mempunyai masalah mental dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Geng pecah rumah tumpas

Jelasnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya melaporkan sebarang perbuatan yang menimbulkan kegusaran dan mengancam keselamatan masyarakat.

Sejak semalam, tular beberapa foto dan klip video yang dikongsi oleh mangsa di media sosial memaparkan keadaan rumahnya selepas dipecah masuk suspek.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This