KEPUTUSAN UMNO bergerak solo disebabkan tindak-tanduk dan sikap Pas sendiri, demikian tegas Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tambah memanaskan perang mulut antara dua pemimpin parti itu apabila Ahmad Zahid menggunakan anologi ‘Pas mahu main selamat dengan mandi beberapa kolam’.
“Kini UMNO perlu bergerak ke depan, Parti sudah membuat keputusan bergerak secara solo akibat tindak tanduk dan sikap Pas sendiri.
“Tak perlu sedu sedan apabila Pas sendiri sentiasa main selamat dan mandi dalam beberapa kolam,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau petang tadi.
Baca: ‘Tak boleh pakat semua, jangan bertembung semua’, kata Tuan Ibrahim kepada UMNO
Pas terbuka kerjasama mana-mana parti kecuali PH
Menurut Ahmad Zahid, kepercayaan UMNO dirobekkan oleh Pas apabila parti itu memilih untuk menganggotai Perikatan Nasional (PN) di bawah BERSATU.
Sedangkan kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, kunci kejayaan dan kestabilan politik Muafakat Nasional adalah kepercayaan.
“Bagaimanakah kestabilan, keyakinan dan kerjasama yang kukuh dapat terjalin sekiranya perkara paling asas iaitu prinsip dan kepercayaan diabaikan?
“Lebih lagi dengan parti yang sememangnya jelas ingin menghancurkan UMNO dari luar dan dari dalam,” tegasnya.
Bagaimanapun Ahmad Zahid menerusi hantaran itu berkata, hanya dengan kembali kepada kerjasama asal, barulah keikhlasan Pas dapat dilihat.

