LIMA buah kereta Honda baharu terbakar hampir seratus peratus selepas treler yang membawa kereta berkenaan, mengalami kebakaran di Kilometer 227.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), dekat Seremban, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung insiden berkenaan pada 5.24 petang.
“Kejadian berlaku apabila treler dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun yang membawa enam kereta dari kilang Honda menghala ke Pulau Pinang, mengalami masalah teknikal di bahagian brek sehingga menyebabkan kebakaran di bahagian belakang treler itu.
Baca artikel berkaitan: Pesara polis maut dalam kemalangan dua kereta
“Ia kemudiannya merebak pada lima kereta terbabit, sebuah lagi kereta pula terbakar 10 peratus. Insiden itu mengakibatkan kesesakan sepanjang tiga kilometer dan semua lorong ditutup sepenuhnya bagi operasi pemadaman api kira-kira satu jam lebih,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu dan punca sebenar serta jumlah kerugian masih disiasat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

