SEORANG pesara polis maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Labok-Banggol Judah, Machang, petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superitendan Mohd Zahir Abdullah berkata, mangsa Mohd Rujudi Awang, 55, yang memandu kereta Toyota Alphard disahkan meningal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 4.10 petang itu, pemandu Honda Civic berusia 30 tahun sedang memandu dari Banggol Judah ke Kota Bharu.
“Tiba-tiba mangsa memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta milik seorang penganggur dipercayai kerana telah hilang kawalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Koperal maut rempuh lori rosak di Batu 10, Hulu Langat
Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan mati dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tambahnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan punca kematian disebabkan salur darah jantung tersumbat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

