Lebih baik Tun M bubar Pejuang, kembali pada UMNO – Annuar

Dari Penulis

PETANG tadi, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan UMNO kini hancur dan tidak lagi berjuang untuk orang Melayu seperti pada era beliau dan pemimpin sebelumnya.

Justeru, dalam respons balas kepada hantaran Dr Mahathir itu, Tan Sri Annuar Musa menegaskan yang Ahli Parlimen Langkawi itu tidak boleh ‘pukul rata’ hanya kerana tidak bersetuju dengan individu tertentu dalam UMNO.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu, setiap Presiden UMNO ada kekuatan dan kekurangan masing-masing termasuklah Dr Mahathir sendiri.

“Memadai dengan saya nyatakan, jika Yang Berbahagia Tun mahu memusuhi UMNO, semata-mata kerana beberapa individu, insya-Allah Tun tidak akan berjaya.

“Walau hanya dengan gigi dan lidah, kita ahli ahli parti akan pertahankan parti ini.

“Malah pada hemat saya, adalah lebih baik Yang Berbahagia Tun bubarkan Pejuang (Parti Pejuang Tanah Air) yang tak seberapa malah memecahbelahkan orang Melayu (dan sudah pasti tak kemana) dan kembalilah pada UMNO untuk sama-sama perbaikinya,” katanya menerusi Facebook beliau malam ini.

Baca: Cash is king, UMNO bukan seperti dulu, serangan terbaru Dr Mahathir seakan ulangi skrip PRU-14

Tambah Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, bermusuh biarlah berpada-pada dan usahlah melampau.

“Masih ramai ahli umno yang menghormati Yang Berbahagia Tun dan mengenang jasa Yang Berbahagia Tun. Begitu juga pemimpin pemimpin UMNO yang lain. Jasa mereka harus dikenang,” jelasnya.

Untuk rekod, Dr Mahathir selepas keluar UMNO pada 2016 terlibat menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bersatu yang menjadi sebahagian komponen Pakatan Harapan (PH) bersama DAP, PKR dan Amanah berjaya menewaskan BN pada PRU-14.

Bagaimanapun, selepas pergolakan politik dalaman 22 bulan PH menerajui Putrajaya, Ahli Parlimen Langkawi itu mengasaskan pula sebuah parti yang juga berteraskan Melayu iaitu Pejuang.

Pejuang baru-baru ini mengumumkan sebuah blok parti Melayu dikenali Gerakan Tanah Air (GTA) sebagai persiapan menuju PRU-15.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This