Pakai pelitup muka kini atas pilihan tapi ada tempat masih wajib – KJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMAKAIAN pelitup muka di kawasan tertutup atau dalam bangunan kini adalah tidak lagi diwajibkan dan atas pilihan masing-masing berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini.

Keputusan diambil Kementerian Kesihatan (KKM) itu berdasarkan penilaian situasi semasa COVID-19 serta mengambil kira keperluan semasa.

Bagaimanapun, Khairy memaklumkan, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi beberapa situasi.

Menurut Khairy, ia melibatkan kes positif COVID-19 yang perlu ke CAC untuk menjalani penilaian kesihatan.

Jelas beliau, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah.

“Pemakaian pelitup muka juga diwajibkan ketika berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis dan yang setara dengannya,” katanya.

Baca artikel berkaitan: KKM akan umum keputusan pemakaian pelitup muka – Khairy

Mengulas lanjut, Khairy berkata, KKM juga amat menggalakkan supaya pemakaian pelitup muka terus diamalkan.

Beliau berkata, pelitup muka digalakkan supaya dipakai semasa berada di kawasan ramai orang dan sesak di samping individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema.

Selain itu, Khairy memaklumkan, individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung turut digalakkan memakai pelitup muka.

Jelasnya, pemakaian pelitup muka turut digalakkan memakai pelitup muka ketika melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Pada masa sama, Khairy memaklumkan pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka.

“Sekarang ini kita serah kepada pemilik premis, kalau pemilik buat keputusan mesti pakai, maka ikut kehendak mereka.

“Sebagai contoh, kedai gunting rambut memang wajibkan, maka pelanggan mesti pakai dan pemilik ada hak untuk tak benarkan pelanggan masuk.

“Ini kerana ada pemilik premis mungkin merasakan bahawa premis mereka terdedah dan berisiko tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy memberitahu, keperluan pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah sama seperti diumumkan sebelum ini iaitu tidak diwajibkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This