JABATAN Penjara Malaysia menafikan dakwaan tular di media sosial bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ditempatkan dalam sel Penjara Kajang.
Sebaliknya dakwaan yang tular dalam aplikasi WhatsApp itu mendakwa bekas Perdana Menteri itu diberi sebuah rumah dalam kawasan Penjara Kajang.
Rumah berkenaan didakwa sepatutnya diberikan kepada pegawai penjara.
Jabatan itu dalam hantaran ringkas di Facebook menegaskan mesej tular tersebut adalah palsu.
Justeru, Jabatan Penjara meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan mesej tersebut.
“Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar dipercayai satu perbualan di WhatsApp mendakwa Najib tidak ditempatkan di dalam sel penjara di Penjara Kajang.
Menurut tangkap layar itu yang turut tular di Facebook, Najib didakwa ditempatkan di sebuah rumah pegawai senior Penjara Kajang yang terletak dalam kawasan penjara terbabit.
Baca artikel berkaitan: Jabatan Penjara sangkal Najib terima layanan istimewa
“Najib tidak berada di dalam sel. Seorang sahabat yang sepupunya adalah seorang pegawai senior penjara di Kajang, maklumkan Najib diberikan sebuah rumah di dalam kawasan penjara.
“Rumah berkenaan adalah untuk pegawai senior penjara,” tulis di mesej berkenaan.
Sebelum ini, timbul dakwaan nama Najib tidak dimasukkan dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia dan hal itu juga ditularkan di media sosial.
Najib dihukum penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

