Lelaki ditangkap penduduk didakwa ingin menculik

Dari Penulis

SEORANG penganggur ditahan orang awam selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan taman permainan kanak-kanak dekat Dataran Muhammadi, Kota Bharu, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya mengesan beberapa klip video yang mendakwa suspek ditangkap kerana ingin menculik kanak-kanak.

Mengulas lanjut, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki Melayu menyatakan telah menangkap suspek pada pukul 12.27 tengah malam.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek yang berusia 20-an itu mempunyai rekod rawatan mental pada tahun 2014.

“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Tindakan pantas orang awam berjaya selamatkan murid sekolah daripada diculik

Jelasnya, suspek telah dirujuk ke hospital bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This