INISIATIF kerajaan untuk mewujudkan Taman Halal telah berjaya menarik jumlah pelaburan terkumpul lebih daripada RM16 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, RM9.5 bilion bersamaan 59 peratus adalah pelaburan langsung asing (FDI).
Jelas beliau, Halal Malaysia Industrial Parks’ merupakan Hab Halal dunia terbesar meliputi kawasan seluas 200,000 ekar di 14 Taman Halal strategik.
Katanya, kesemua 14 Taman Halal itu telah menerima status Halal Malaysia (HALMAS) daripada HDC.
“Setiap Taman Halal ini menawarkan fasiliti infrastruktur yang bertaraf dunia, tenaga kerja berkemahiran, kemudahan menjalankan perniagaan, akses mendapatkan ramuan Halal, serta insentif menarik daripada kerajaan Malaysia yang sentiasa menggalakkan pembangunan Halal.
“Sejumlah 295 syarikat kini beroperasi di 22 Taman Halal di seluruh Malaysia, termasuk 42 syarikat multinasional,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2022 hari ini.

Baca lagi: Elaun bulanan penjawat awam berkhidmat di luar negara dinaikkan – PM Ismail Sabri
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Malaysia berjaya mengekalkan tempat teratas selama sembilan tahun berturut-turut menandingi 81 negara lain dalam laporan State of the Global Islamic Economy 2022.
Jelas beliau, penilaian itu telah dibuat berlandaskan inisiatif digitalisasi ekonomi, pembangunan infrastruktur Halal dan peningkatan fokus kerajaan terhadap sekuriti makanan dan penjagaan kesihatan.
Katanya, Petunjuk Ekonomi Islam Global itu turut meramalkan bahawa pasaran Halal akan berkembang daripada RM8.8 trilion seperti yang dilaporkan tahun lepas kepada hampir RM14 trilion menjelang 2028.
“Dalam usaha mempromosikan Halal, ingin saya tegaskan bahawa penting untuk kita menangani sebarang isu yang berkait dengan jaminan Halal, yang berisiko merosakkan imej Halal yang kita usahakan selama ini.
“Jaminan Halal yang saya maksudkan ini merujuk kepada keyakinan pengguna, penyeragaman, pensijilan dan akreditasi.
“Pengesahan dan piawaian produk Halal Malaysia bermula pada 1974 apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diberi mandat menyediakan surat akuan pengesahan Halal kepada produk yang mematuhi keperluan Syariah.
“Kini, lebih 8,000 syarikat di Malaysia diiktiraf Halal, di mana lebih 20 peratus daripadanya adalah syarikat pengeksport.
“JAKIM turut bekerjasama dengan badan pensijilan Halal dari pelbagai negara untuk keseragaman piawaian dalam pematuhan kepada Undang-undang Syariah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

