BLOK pembangkang hanya mempunyai satu cara sahaja untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Sabah, Amos Thien berpendapat, cara itu adalah dengan penyatuan semua blok pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH).
Jelas beliau, penyatuan itu amat penting untuk memastikan pembangkang berjaya mengalahkan kleptokrasi BN nanti.
“Muda Sabah menyokong hasrat parti ini untuk menyertai PH dalam menghadapi PRU-15 dan juga berharap pembangkang lain di negeri ini turut bersatu dengan kita.
“Kami sentiasa percaya dengan penyatuan antara semua pembangkang. Hanya ini cara untuk mengalahkan BN dengan kleptokrat mereka.
“Muda Sabah memang ikhlas untuk bekerjasama dengan blok pembangkang. Keputusan ini juga telah dibincangkan sewaktu mesyuarat JKEP (jawatankuasa eksekutif pusat), JKEN (jawatankuasa eksekutif negeri), dan JK (jawatankuasa) parlimen,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.
Baca lagi: Nak takut apa kalau saya tak bersalah, kata Syed Saddiq bidas Asyraf
Mengulas lanjut, Amos turut berharap agar Parti Warisan Sabah akan menyertai PH walaupun parti itu dilihat lebih cenderung untuk bergerak secara solo.
Jelas beliau, Muda tidak mempunyai sebarang halangan untuk bekerjasama dengan Warisan memandangkan hubungan kedua-dua Presiden parti berkenaan sangat baik.
“Muda sebenarnya tiada masalah dengan Warisan dan presiden (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) juga mempunyai hubungan baik dengan Datuk Seri Shafie Apdal (Presiden Warisan).
“Kami masih berharap Warisan akan bersama-sama dengan kami sebagai blok pembangkang untuk menghadapi PRU15,” katanya.
Dalam pada itu, Amos berkata parti itu akan bertanding dua atau tiga kerusi di Sabah pada PRU15 nanti.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan kerusi mana yang bakal ditandingi kerana belum muktamad.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

