4 pemenang kategori utama AIM23 akan terima DKD bernilai RM320,000

Dari Penulis

IA akan menjadi detik yang pasti tidak dapat dilupakan bagi empat pemenang kategori iaitu Artis Baharu Terbaik, Video Muzik Terbaik, Lagu Terbaik dan Album Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik edisi ke-23 (AIM23).

Ini adalah kerana buat julung-julung kalinya selain memenangi trofi AIM yang diidamkan, mereka akan turut menerima Dana Kandungan Digital atau DKD Industri Muzik yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sebagai satu bentuk galakan dan insentif kepada penggiat Industri Muzik.

Pemenang kategori anugerah terpilih akan menerima DKD sebanyak RM50,000 setiap seorang untuk Artis Baru Terbaik dan Lagu Terbaik, RM20,000 untuk Video Muzik Terbaik dan RM200,000 untuk Album Terbaik.

DKD merupakan antara inisiatif penting kerajaan dalam membantu dan menggalakkan pengamal industri kreatif untuk menghasilkan, memasarkan dan mengedar kandungan kreatif yang tinggi nilainya kepada pasaran tempatan serta antarabangsa.

Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan melalui K-KOMM dalam memupuk pertumbuhan industri kreatif termasuk industri muzik yang berpotensi besar sebagai salah satu tonggak utama pertumbuhan ekonomi digital baharu.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim, berkata, pihaknya baharu sahaja menerima berita gembira ini daripada K-KOMM dan RIM selaku penganjur AIM dan amat menghargai serta berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh kerajaan terhadap penggiat industri muzik tempatan.

“Selaras dengan matlamat AIM untuk meningkatkan kualiti kandungan kreatif, inisiatif melalui DKD kepada empat pemenang kategori utama AIM ini akan menjadi pemangkin kepada penggiat industri muzik untuk menghasilkan karya kandungan kreatif berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa.

“Sebagai contoh, DKD yang diperuntukkan untuk pemenang kategori anugerah Artis Baharu Terbaik boleh digunakan untuk menghasilkan single yang lebih berkualiti untuk penerima sekaligus meningkatkan pembangunan kerjaya artis tersebut.

“Manakala, pemberian DKD kepada pemenang anugerah Lagu Terbaik membolehkan penerima menghasilkan single dan video muzik baharu dengan kualiti pengeluaran yang lebih tinggi,” katanya.

Selain itu, DKD turut diberikan kepada pemenang kategori anugerah Video Muzik Terbaik dan Album Terbaik untuk mengalakkan penghasilan lebih banyak album yang berkualiti tinggi dan berpotensi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

DKD yang diperuntukkan untuk pemenang AIM23 akan diberikan melalui syarikat rakaman kepada pemenang masing-masing agar pelaburan DKD tersebut mencapai impak maksima dan produktif serta melibatkan pelbagai rantaian peluang pekerjaan di dalam ekosistem industri muzik tempatan. Untuk maklumat lanjut tentang AIM, sila layari www.aim.org.my.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This