Uyaina Arshad, Raja Syahiran sambut kelahiran bayi lelaki

Dari Penulis

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan bayi lelaki, petang semalam.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Uyaina dan suaminya yang juga selebriti, Raja Syahiran menerusi Instagram masing-masing.

“Assalamualaikum anakandaku. Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdulillah.

“Menjelang Maghrib tanggal 8 September 2022, anakandaku dilahirkan dengan tangisan,” tulisnya.

Dalam pada itu, pasangan itu juga menitipkan doa buat anaknya agar menjado insan yang berguna pada masa hadapan.

“Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa dan agama. Menjadi manusia yang baik berakhlak mulia dan seorang pemimpin yang hebat.

“Baba dan Mama sayang awak sangat-sangat.

“Minta doa yang baik-baik daripada kalian semua untuk anak sulung kami. Dan semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga,” katanya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This