Mesyuarat pelbagai agensi Isnin ini bincang persiapan awal hadapi banjir – PM

Dari Penulis

MESYUARAT bersama semua agensi serta pihak terlibat bagi persediaan menghadapi bencana banjir akan diadakan Isnin ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mesyuarat itu susulan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai banjir besar yang dijangka melanda beberapa negeri Semenanjung pada November ini.

Katanya semua agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta wakil kerajaan negeri akan dipanggil menghadiri bermesyuarat untuk memastikan persediaan awal menghadapi bencana itu.

Ismail Sabri berkata ia juga bagi memastikan pusat-pusat pemindahan banjir, stok makanan serta peralatan untuk mengangkut dan pusat perpindahan telah bersedia.

“Saya tak nak jadi seperti dulu, setengah negeri bersedia, setengah negeri yang tak biasa hadapi banjir tak bersedia dan akhirnya berlaku seperti di Selangor (2021) dan sebagainya.

“Saya nak kali ini semua bersedia bukan setakat di peringkat Persekutuan, banjir ini sampai ke peringkat daerah pun mesti bersedia sejak awal lagi sebelum berlaku apa-apa…yang penting persediaan dibuat awal,” ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia di Bangi hari ini.

Baca: PM tinjau lokasi tragedi banjir puing di Baling

Katanya, persediaan yang dibuat itu juga perlu menjangkakan sesuatu bencana akan berlaku dalam skala yang besar, agar semua pihak termasuk pasukan keselamatan sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga.

Media melaporkan MetMalaysia meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, dengan risiko berlaku hujan lebat berterusan serta banjir berskala besar.

Sementara itu ditanya mengenai perkembangan pembentangan Belanjawan 2023 pada Oktober ini, Ismail Sabri berkata Kementerian Kewangan masih dalam proses mengadakan sesi libat urus bersama semua pemegang taruh termasuk kerajaan negeri.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This