Pak Lah hidap demensia sejak bersara – KJ

Dari Penulis

SEJAK mula bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah jarang tampil di khalayak umum.

Bagaimanapun, hari ini buat pertama kali Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan keadaan bapa mentuanya itu kepada umum.

Memetik laporan BH Online, Khairy mendedahkan Pak Lah sebenarnya menghidap demensia.

Menurut Khairy, Pak Lah mula menghidap penyakit tersebut sejak bersara pada tahun 2009 dan tidak mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga lain.

“Saya ingin berkongsi satu perkara peribadi yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini yang Pak Lah menghidap demensia.

“Beliau mula menunjukkan tanda kecacatan kognitif (cognitive impairment) sejak pada 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

“Ramai orang tertanya-tanya keberadaannya dan sudah lama tidak melihatnya di tempat umum. Beliau kini terpaksa duduk atas kerusi roda, umpama mempunyai kehadiran fizikal dan fikirannya tiada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua) di Sheraton Imperial, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tindakan undang-undang sebar berita palsu kematian Pak Lah

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pendedahan mengenai keadaan dan penyakit dihidapi Pak Lah itu dilakukan selepas mendapat persetujuan keluarganya.

Jelasnya, bapa mentuanya tidak lagi berkeadaan biasa dan tidak mengenali orang terdekatnya.

“Saya tahu beliau masih mengenali saya apabila melihatnya mengerdipkan mata, apabila saya melawatnya.

“Lebih banyak hari yang sukar berbanding hari yang lancar. Jadi doakan beliau dan kami berharap untuk hari yang lebih baik akan datang,” katanya.

Pada 15 November tahun lalu, Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan sekeras-kerasnya berita tular melalui hantaran Facebook berhubung kematian Perdana Menteri kelima itu.

Malah, Pejabat Tun Abdullah juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik Facebook yang menyebarkan berita palsu berkenaan.

Ia merupakan kali kedua berita palsu mengenai kematian Tun Abdullah tular di media sosial tahun lalu selepas 16 Jun 2021.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This