Enam lelaki bergaduh di Jalan Wayang, Kuching ditangkap

Dari Penulis

SERAMAI enam lelaki ditangkap dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di Jalan Wayang, Kuching, malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan L. Merbin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung pergaduhan sekumpulan lelaki tempatan pada pukul 7.49 malam.

Beliau berkata, setakat ini enam suspek berusia 25 hingga 57 tahun ditangkap bagi membantu siasatan.

Katanya, polis kini giat mengesan saki baki suspek yang masih bebas.

“Kejadian pergaduhan berpunca daripada salah faham semasa berhibur di sebuah premis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baca artikel berkaitan: Enam ditangkap bergaduh di Kampung Kuantan – polis

Merbin berkata, kertas siasatan dibuka dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh menganggu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This