SEBANYAK 10 buah kereta dan lima motosikal berkuasa besar musnah dalam satu kebakaran di bengkel Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 4.53 pagi.

Katanya, sepasukan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Jalan Kundur dan Seberang Nyonya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan bengkel.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, terdapat 10 kereta dan lima unit motosikal berkuasa besar terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

@utusantvofficial

#KEDAH Kebakaran di bengkel Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pukul 4.53 pagi | 12 SEPT 2022. 📽️ BOMBA #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Baca artikel berkaitan: Lima kereta Honda baharu musnah terbakar

Tambahnya, bengkel terbabit musah 80 peratus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram