Memang UMNO mahu menang kerusi, sama seperti parti lain – Shahril Hamdan

Dari Penulis

“MEMANG UMNO mahu menang kerusi. Sama seperti Pas, Bersatu, PKR, DAP, Amanah, Muda atau mana-mana parti pun.”

Itu kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan membalas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan UMNO hanya mahu kerusi yang dimenangi pemimpin Bersatu yang dahulunya bersama UMNO.

Berikut kenyataan penuh Shahril Hamdan:

Beberapa ungkapan dari Timbalan Presiden PAS dalam satu wawancara baru-baru ini.

  1. “Pemimpin UMNO bukan ego tapi kerusi”

Pertama, terima kasih kerana tidak melemparkan dakwaan ego terhadap UMNO. Sekurang-kurangnya Timbalan Presiden PAS lebih berhemah daripada sesetengah pemimpin PAS lain yang melemparkan kata-kata kasar terhadap UMNO sebelum ini. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju tanpa mengata-ngata orang lain. Ini saya hormat dan cuba ikut.

Cuma, memang UMNO mahu menang kerusi. Sama seperti PAS, PPBM, PKR, DAP, Amanah, MUDA atau mana-mana parti pun. Semua mahu bersaing menang kerusi dalam pilihanraya. Jadi ini bukan poin negatif atau positif. Ia memang lumrah. Jika semua hendak sesuatu kerusi itu, kita serahlah kepada rakyat nanti.

  1. “Mereka ini dulu kalah dalam pilihanraya…” (merujuk kepada suara dalam UMNO yang tidak boleh terima kerjasama dengan PPBM)

Bukan hanya mereka yang kalah sahaja tidak boleh terima kerjasama dengan PPBM untuk PRU15. Pendirian tersebut sudah menjadi keputusan parti yang disuarakan di PAU. Dan ahli-ahli akar umbi yang majoriti besarnya tidak terfikir pun untuk menjadi YB juga menolak kerjasama agihan kerusi dengan PPBM.

  1. “Kalau kita pakat, kerusi tu nak bagi siapa? Tentu yang incumbent seat tu akan kekal pada dia. UMNO nak balik. Tapi kita kata incumbent BERSATU, jadi kita kekalkan BERSATU..”

Sekali lagi Tuan Ibrahim betul. Memang UMNO nak kerusi-kerusi yang dimenangi kemudian penyandangnya melompat ke PPBM. Sebab yang menang di situ atas tiket UMNO. Jadi sebenarnya incumbent di situ ialah UMNO/BN.

Antara banyak sebab kenapa kami tak berpakat dengan PN ialah perkara ini. Kerana “demand” PN itu merangkumi suatu tuntutan bahawa sesiapa yang melompat harus dihormati sebagai incumbent dan tidak diganggu. UMNO tak boleh terima kerana calon itu menang pun atas tiket dan titik peluh UMNO keseluruhannya, bukan tubuh badan individu semata-mata.

Baca artikel berkaitan: PAS kekal anggap UMNO rakan ta’awun di bawah gagasan penyatuan ummah

Sebenarnya jika formula Tuan Ibrahim digunapakai, kenapa PAS letak calon melawan “incumbent” AMANAH di PRU14? Contohnya di Pokok Sena, Parit Buntar, Shah Alam, Sepang.

PRU13 YB Mahfuz Omar menang di Pokok Sena atas tiket PAS. YB Dr Mujahid Yusof Rawa menang di Parit Buntar atas tiket PAS. Sama juga YB Khalid Samad dan YB Hanipa Maidin. Kemudian 2015 mereka keluar parti masuk AMANAH. Lalu “dilanggar” juga oleh PAS semasa PRU14 2018 di tempat sama. Tiada siapa yang tuduh PAS penting diri atau penting kuasa. Atau cuba memaksa PAS beri laluan demi “kemaslahatan” lebih besar dan sebagainya.
Samalah untuk kes UMNO dan PPBM.

  1. “Patut kita melihat kerangka besar”

Kerangka besar juga merangkumi parti-parti lain. Tapi PAS tak pernah bercakap hendak kerjasama dengan AMANAH untuk pilihanraya. Mereka juga ada peranan dalam kerangka besar itu (kalau ikut logik kerangka besar). Sama-lah kami tak akan bercakap kerjasama dengan PPBM.

  1. “Kita tak usah berebut jawatan, kita fokus rakyat”

Setuju. Tiada perebutan jawatan pun. Kecuali yang mendesak untuk TPM dan sebagainya.

Cuma, masa pilihanraya memang kena bersaing untuk mandat rakyat. Sesiapa yang menang nanti kenalah teruskan tanggungjawab kepada rakyat, insyaAllah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar gesa kuasa pertengahan jadi jambatan dunia, bukan terperangkap persaingan kuasa besar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara-negara kuasa pertengahan memainkan peranan lebih aktif sebagai jambatan persefahaman global ketika...

More Articles Like This