PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya memberikan rawatan terbaik yang diperlukan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri turut memberitahu telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan dialami Ahli Parlimen Pekan yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang itu.
Pada masa sama, Ismail Sabri turut mendoakan kesihatan bekas Perdana Menteri itu.
“Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Najib.
“Saya telah mengarahkan KKM supaya memberikan rawatan yang terbaik diperlukan beliau.
“Saya doakan beliau diberikan kesembuhan,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.
Terdahulu, KKM mengesahkan kesihatan Najib berada dalam keadaan baik sebelum discaj keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak HKL juga telah mengadakan sidang keluarga sebanyak dua kali yang telah dihadiri oleh bekas Perdana Menteri dan ahli keluarga beliau.
Katanya, keputusan ujian-ujian telah dimaklumkan semasa sidang itu mengikut amalan professional kedoktoran.
Baca artikel berkaitan: Preskripsi ubat sama, KKM sahkan Najib sihat sebelum discaj dari HKL
“Mereka juga telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau (Najib) dibenarkan untuk didiscaj daripada HKL.
“Dimaklumkan juga bahawa jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM.
“Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Media melaporkan, Najib yang hadir di Mahkamah Tinggi pagi tadi, bagi prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dirujuk ke Hospital Kajang pukul 2 petang tadi kerana mengalami masalah kesihatan.
Bekas Perdana Menteri itu akan dirujuk ke hospital tersebut ekoran ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk.
Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

