SEORANG pensyarah kanan disebuah universiti awam didakwa di Mahkamah Sesyen atas sembilan pertuduhan membuat tuntutan palsu hari ini.
Tertuduh, Jasmi Hafiz Abdul Aziz didakwa melakukan tuntutan palsu yang melibatkan bayaran sewa tiga kenderaan pikap dan pembelian peralatan geologi berjumlah RM12,488 empat tahun lalu.
Begitupun, tertuduh yang berusia 45 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.
Pertuduhan itu dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Menurut kertas pertuduhan, beliau sebagai pensyarah dengan niat memperdayakan Jabatan Bendahari, Universiti Malaya (UM) dengan menggunakan tujuh tuntutan perjalanan palsu berkenaan bayaran sewa tiga jenis kenderaan 4WD-Ford Ranger (pacuan empat roda) bertarikh antara 24 April 2018 hingga 29 Julai 2019 yang mana penyewaan itu tidak dibuat.
Tertuduh juga menghadapi pertuduhan memperdayakan Jabatan Bendahari UM dengan membuat dua resit palsu berkaitan pembelian peralatan geologi bertarikh 19 Januari 2019 dan 23 Mac 2019.
Baca lagi: PM peroleh perintah mahkamah supaya Lokman Adam padam kenyataan fitnah di media sosial
Pensyarah itu dituduh melakukan kesemua kesalahan tersebut di Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM antara 29 Mei 2018 hingga 23 Ogos 2019 di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Abd Muntaqim Abdul Aziz mencadangkan wang jaminan RM100,000 bagi kesemua pertuduhan beserta syarat tambahan.
Syaray tambahan itu adalah tertuduh perlu melapor diri di ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya setiap bulan dan pasport beliau perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai selain tidak boleh mengganggu saksi-saksi pendakwaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

