Tiada kicap ABC dikesan mengandungi sulfur dioksida

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA sampel produk kicap soya termasuk kicap soya jenama ABC dikesan mengandungi sulfur dioksida dalam pasaran negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia berdasarkan pemantauan yang dijalankan di semua pintu masuk negara dan di pasaran tempatan dari Jun 2021 hingga kini.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum isu penarikan balik produk kicap soya manis dan sambal sos ayam goreng jenama ABC dari pasaran oleh Pihak Berkuasa Makanan Singapura (SFA).

Katanya, produk kicap soya manis dan sambal sos ayam goreng ABC itu ditarik balik kerana mengandungi bahan alergen iaitu sulfur dioksida yang tidak diisytiharkan atau dilabel pada pembungkusan.

“Melalui semakan KKM ke atas data Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) mengesahkan produk kicap soya manis dan sambal ayam goreng itu turut diimport ke negara ini.

“Walau bagaimanapun, sejak Jun 2021 arahan Tahan Uji Lepas (TUL) telah dikenakan ke atas produk kicap soya manis berjenama ABC di semua pintu masuk negara.

“Arahan pelabelan semula atau arahan untuk dihantar semula ke negara asal turut dikeluarkan sekiranya tidak mematuhi keperluan pelabelan termasuk pelabelan sulfur dioksida,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: KKM lulus Veklury bagi rawatan COVID-19 semasa bencana – Dr. Noor Hisham

Dr. Noor Hisham berkata, sulfur dioksida diklasifikasikan sebagai bahan pengawet yang dibenarkan dalam makanan tertentu pada paras tertentu di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Kata beliau, sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kepekatan dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan kesan alergik kepada sesetengah individu yang menghidap lelah atau asma apabila terhidu atau tertelan.

Jelasnya, kandungan sulfur dioksida melebihi 10 miligram per kilogram hendaklah diisytiharkan atau dilabelkan.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

“Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini dan isu-isu keselamatan makanan yang lain, pengguna boleh menghubungi pejabat kesihatan daerah (PKD) terdekat; menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman rasmi Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This