Tekanan darah Najib tinggi, berbahaya kerana tukar ubat

Dari Penulis

TEKANAN darah Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada pada tahap tinggi dan berbahaya akibat pertukaran ubat.

Pertukaran ubat tersebut diberikan bagi merawat masalah ulser dalam perut yang dihidapi bekas Perdana Menteri tersebut.

Menurut laporan Astro Awani yang memetik Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi, ujian kolonoskopi dijalani Najib mendapati beberapa ulser baharu telah ditemukan dalam perutnya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pekan itu yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang memohon untuk pemerhatian di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanapun, Muhamad Mukhlis memaklumkan, permohonan itu telah ditolak pegawai perubatan yang merawatnya.

“Semalam, doktor di HKL membuat biopsi yang menyebabkan pendarahan dan beberapa ulser terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan.

“Beliau memohon untuk pemerhatian di HKL tetapi telah dinafikan. Doktor melepaskan (discaj) Najib, menukar ubat-ubatannya daripada ubat biasa yang dimakannya selama bertahun-tahun, dan menghantarnya pulang ke Kajang.

“Pagi ini, pemeriksaan oleh pembantu perubatan menunjukkan bahawa tekanan darah Najib adalah berbahaya akibat perubahan ubat yang diberikan.

“Ini menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) pagi ini bahawa keadaan kesihatan Najib teruk dan perlu dihantar ke hospital,” kata Muhamad Mukhlis.

Baca artikel berkaitan: Keadaan Najib teruk, dirujuk ke Hospital Kajang petang ini

Mengulas lanjut, Muhamad Mukhlis berkata, masalah kesihatan yang dialami Najib merupakan keadaan berulang sejak lebih 15 tahun lalu.

Menurut beliau, Najib telah dimasukkan ke hospital selama beberapa hari pada tahun 2010 kerana masalah kesihatan dan perkara itu diketahui umum.

“Tahun lepas, beliau juga berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital swasta kira-kira seminggu, di mana beliau telah menjalani lima kali pemindahan darah bagi menggantikan darah yang hilang akibat pendarahan dalaman,” tambahnya.

Sehubungan itu, Muhamad Mukhlis berkata, atas dasar kemanusiaan, keluarga Najib merayu kepada pihak penjara, hospital dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melakukan tindakan yang betul, dan membenarkan Najib diberi rawatan serta pemerhatian perubatan yang sewajarnya.

Media melaporkan, Najib yang hadir di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, bagi prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dirujuk ke Hospital Kajang jam 2 petang ini kerana mengalami masalah kesihatan.

Bekas Perdana Menteri itu akan dirujuk ke hospital tersebut ekoran ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This