DATUK Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan dirujuk ke Hospital Kajang petang ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.
Memetik laporan Sinar Harian, Najib yang hadir ke Mahkamah Tinggi pagi tadi untuk prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dibawa ke Hospital Kajang pada pukul 2 petang.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan, keadaan kesihatan Najib agak teruk disebabkan ubat darah tinggi baharu yang diambil bekas Perdana Menteri itu.
“Saya dimaklumkan oleh pegawai penjara bahawa ubat tekanan tinggi yang diambil Najib telah berubah.
Baca artikel berkaitan: Salah guna kuasa: Najib teruskan saman ke atas Tommy Thomas
“Ia memberi kesan buruk dan keadaannya agak teruk, namun Datuk Seri Najib bersedia untuk mengikuti prosiding kes ini sehingga jam 12.30 tengah hari,” katanya.
Sri Ram berkata demikian ketika prosiding kes rasuah dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion di hadapan Hakim Datuk Colling Lawrence Sequerah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

