TINDAKAN seorang lelaki mengguna lampu mata arah pada Toyota Vellfire miliknya memakan diri apabila ditahan polis, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dalam satu kenyataan hari ini berkata, suspek ditahan di kawasan industri Batu Caves selepas didapati menggunakan lampu mata arah biru di bahagian cermin papan pemuka.

Kata kenyataan itu, suspek kini disiasat dibawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959.

Sehubungan itu, mana-mana pemilik kenderaan yang bertindak mengubah suai dengan menggunakan lampu mata arah pada kenderaan persendirian adalah satu kesalahan dan tindakan akan diambil.

Baca artikel berkaitan: Polis cari Vellfire guna lampu mata arah dekat Jalan Damansara

Menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti kenderaan Polis, Bomba, Ambulans dan Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram