TINDAKAN tiga lelaki menyamun dan mencuri kenderaan mewah jenis Mercedes-AMG 4MATIC di sebuah rumah di Pulau Indah, Klang membawa padah apabila ditahan polis kurang 24 jam, semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kesemua suspek berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan pada 8.30 malam di sekitar Damansara selepas melakukan perbuatan berkenaan pada 10.15 pagi hari sama.
“Siasatan awal mendapati kejadian curi kereta itu bermula di Klang sebelum penangkapan dilakukan di sekitar Damansara. Semakan yang dilakukan menunjukkan mereka ini mempunyai banyak rekod jenayah,” katanya memetik laporan Bernama.
Baca artikel berkaitan: Geng Ah Beng curi kereta mewah dua minit tumpas
Terdahulu, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tiga lelaki keluar dari sebuah rumah sebelum menaiki sebuah kereta sedan lalu memandu keluar sebuah kereta mewah berwarna putih dari kawasan perumahan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

